2 Julai 2017 - 07:11
Israel Serang Kedudukan Tentera Syria

Rejim Israel telah menyasarkan kedudukan pasukan tentera Arab Syria untuk kali yang ke-6 sepanjang tempoh sepuluh hari di dalam tindakan yang didakwa oleh Tel Aviv sebagai tindak balas terhadap peluru sesat dari Tebing Golan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rejim Israel telah menyasarkan kedudukan pasukan tentera Arab Syria untuk kali yang ke-6 sepanjang tempoh sepuluh hari di dalam tindakan yang didakwa oleh Tel Aviv sebagai tindak balas terhadap peluru sesat dari Tebing Golan.

"Sebagai respon kepada peluru yang dilancarkan lebih awal pada hari ini ke dalam (wilayah) Israel dari Syria, angkatan tentera Israel telah menyasarkan kedudukan pasukan artileri Syria yang merupakan sumber tembakan sebelumnya," dakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Tel Aviv pada hari Sabtu.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa peluru sesat yang mengenai sebuah kawasan yang diduduki rejim di Tebing Barat adalah natijah daripada pertempuran dalaman yang berlangsung di negara Arab itu.

"Israel melihat kerajaan Syria bertanggungjawab bagi setiap pencerobohan yang berlaku di dalam sempadannya dan akan bertindak sewajarnya," baca kenyataan itu.

Damsyik walau bagaimanapun mengecam tindakan rejim Israel sambil mengatakan bahawa Tel Aviv dan sekutu Barat serta beberapa rejim yang serantau dengan mereka sedang giat membantu kumpulan pengganas Takfiri yang beroperasi di dalam negara Arab itu.

Menurut mereka, selain melancarkan serangan ketenteraan ke atas kedudukan tentera kerajaan, Tel Aviv turut mendirikan hospital lapangan untuk merawat para militan yang tercedera di samping mengeluarkan mereka dari kawasan konflik. -ABNA24 


/315